Selamat Datang oleh ModeratorKata-kata Aluan Pegawai Memerintah
Assalamualaikum.

Selamat datang saya ucapkan kepada semua warga Rejimen Ke-3 Artileri Diraja dan kepada sesiapa sahaja yang berminat mengikuti perkembangan rejimen ini. Saya mengharapkan saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian menggunakan blog ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau menyumbangkan bahan-bahan yang bermutu untuk kecemerlangan blog ini, bukannya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dendam atau menanam unsur-unsur kebencian kepada mana-mana pihak.

Pihak kami amat mengalukan-alukan pandangan atau komen yang sihat untuk kepentingan semua pihak dan tidak sekali-kali berkompromi terhadap rencana atau tulisan yang berunsur lucah atau menimbulkan kebencian terhadap mana-mana pihak.
Sebagai Pegawai Memerintah Rejimen Ke-3 Artileri Diraja, saya amat berbesar hati dengan wujudnya blog rejimen ini. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat berinteraksi dengan lebih baik sama ada sesama kita, rakan-rakan yang telah bersara dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui tentang rejimen ini.

Saya ingin mengingatkan agar tuan-tuan dapat menjada adab kesopanan ketika menulis di dalam blog ini dan tidak sekali-kali berkompromi tentang aspek-aspek keselamatan dan kerahsiaan yang boleh menjejaskan pasukan ini. Akhir kata, mari kita hidupkan blog ini agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar.
Google Adsense
Lihat Apa Yang Menarik

  • Selayang Pandang
  • Aktiviti Lepas
  • Gunner Bulan Ini
  • Sukan
  • BAKAT
  • Cetusan Minda