Selamat Datang oleh Moderator | Kata-kata Aluan Pegawai Memerintah |
---|---|
Assalamualaikum. Selamat datang saya ucapkan kepada semua warga Rejimen Ke-3 Artileri Diraja dan kepada sesiapa sahaja yang berminat mengikuti perkembangan rejimen ini. Saya mengharapkan saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian menggunakan blog ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau menyumbangkan bahan-bahan yang bermutu untuk kecemerlangan blog ini, bukannya sebagai tempat untuk meluahkan perasaan dendam atau menanam unsur-unsur kebencian kepada mana-mana pihak. Pihak kami amat mengalukan-alukan pandangan atau komen yang sihat untuk kepentingan semua pihak dan tidak sekali-kali berkompromi terhadap rencana atau tulisan yang berunsur lucah atau menimbulkan kebencian terhadap mana-mana pihak. | Sebagai Pegawai Memerintah Rejimen Ke-3 Artileri Diraja, saya amat berbesar hati dengan wujudnya blog rejimen ini. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat berinteraksi dengan lebih baik sama ada sesama kita, rakan-rakan yang telah bersara dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui tentang rejimen ini. Saya ingin mengingatkan agar tuan-tuan dapat menjada adab kesopanan ketika menulis di dalam blog ini dan tidak sekali-kali berkompromi tentang aspek-aspek keselamatan dan kerahsiaan yang boleh menjejaskan pasukan ini. Akhir kata, mari kita hidupkan blog ini agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar. |
Google Adsense |
Lihat Apa Yang Menarik |
---|
|